Kenal pasti penyakit yang bayi anda alami sebelum bertindak untuk mendapatkan rawatan.
Dapatkan nasihat daripada doktor bertauliah berkenaan rawatan fototerapi di rumah.
Hubungi pihak kami bagi menetapkan masa penghantaran peralatan ke rumah anda.
Setelah siap dipasang peralatan untuk rawatan fototerapi di rumah, kakitangan kami akan menerangkan cara-cara penggunaan dan keselamatan.
Jika anda sudah memahami teknik penggunaan yang betul, anda perlu menandatangi PERJANJIAN PERSETUJUAN.
Bayaran deposit RM 300 perlu dijelaskan secara tunai/cek dan deposit ini akan dicatat dalam salinan perjanjian (resit sementara).
Selepas kali kedua bayi anda dibawa ke doktor dan bayi anda telah disahkan pulih sepenuhnya, hubungi kami bagi mengatur pengambilan kembali peralatan rawatan.
Dalam proses pengambilan kembali peralatan rawatan, anda perlu menjelaskan baki bayaran dan resit rasmi bagi jumlah keseluruhan akan dikeluarkan.