• Maklumat
  • Apakah jaundis di kalangan bayi yang baru lahir?

Apakah jaundis di kalangan bayi yang baru lahir?

Jaundis di kalangan bayi yang baru lahir adalah warna kuning pada kulit dan mata putih mereka. Ia lazim berlaku pada bayi yang baru lahir. Penting untuk difahami jaundis bayi adalah tidak sama dengan jaundis di kalangan orang dewasa. Istilah perubatan untuk jaundis pada bayi ialah jaundis neonatal. Jika bayi anda mengalami jaundis, mereka perlu dibawa untuk pemeriksaan oleh pengamal perubatan. 

Bayi anda mungkin kelihatan jaundis pada hari pertama atau kedua kehidupannya. Selalunya anda tidak akan melihatnya sehingga hari kedua atau ketiga. Selalunya jaundis akan hilang dalam tempoh satu hingga dua minggu (3 minggu untuk bayi pramatang) dan tidak menyebabkan sebarang masalah jangka panjang untuk kebanyakan bayi. Kadangkala jaundis perlu dirawat (lihat di bawah). Jaundis susu ibu juga mungkin berlaku 5-7 hari selepas kelahiran dan merupakan jenis jaundis yang tidak berbahaya. Oleh itu, para ibu tidak perlu berhenti menyusu badan.

Apakah yang menyebabkan bayi jaundis (kuning)?

Sewaktu di dalam kandungan, badan bayi menghasilkan banyak sel darah merah untuk membawa oksigen daripada plasenta. Walaubagaimanpun, selepas kelahiran mereka tidak lagi memerlukan sel ini dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, sel darah merah yang berlebihan akan dipecahkan di dalam hati dan disalurkan dalam najis/kotorannya (najis). Bayi anda akan kelihatan jaundis (kuning) apabila terdapat pengumpulan sel darah merah yang telah diporses (bilirubin) di bawah kulit mereka.

Berikut adalah faktor risiko untuk bayi anda mendapat jaundis dan memerlukan rawatan jika mereka:

  • Dilahirkan pramatang (kurang dari 37 minggu tempoh kandungan)
  • Tidak dapat menyusu dengan baik
  • Mempunyai sejarah abang atau kakak yang mengalami jaundis neonatal
  • Mempunyai kumpulan darah yang berbeza daripada ibu
  • Mengalami kesan pendarahan dan lebam (hematoma) sewaktu kelahiran mereka
  • Mengalami jangkitan kuman (sepsis)
Terdapat juga punca-punca lain yang boleh mengakibatkan bayi anda mengalami jaundis berdasarkan pemeriksaan pengamal perubatan.
Menu
- Member of -
Opening Hour
IsninClosed
SelasaClosed
RabuClosed
KhamisClosed
JumaatClosed
SabtuClosed
AhadClosed
- Member of -